Wednesday, May 13, 2015

Semenanjung indah Kamchatka


Kamchatka yang terus diingati,,,




    Hanya di Russia,
     

          Semenanjung Kamchatka Merupakan salahsatu tapak Warisan Dunia UNESCO ini kerana Kamchatka mempunyai keindahan yang tak terduga. Simetrikal lahar yang luas berselangan di dalam tasik- tasik, sungai- sungai dan juga pantai yang memberi gambaran suasana yang menakjubkan. Ia juga diserikan dengan kawasan keunikan cara bertelur ikan salmon 




dan tumpuan majoriti burung- burung laut sepanjang zon pantai di Laut Bering.
 
         Kawasan pedalamannya iaitu Uzon Caldera yang terhasil 40,000 tahun dahulu kesan daripada letupan gunung berapi yang telah terhapus, kini kehidupan di tapak muzium geologi terkandung punca air panas, sungai yang sejuk, kawah lumpur beracun, tasik jernih yang dipenuhi dengan ikan, tundra beri, hutan birch, gunung- ganang, tanah berlumpur dan juga kepelbagaian binatang- binatng liar dan serta bermacam- macam jenis burung.








Yang tidak terlupakan ialah pemandangan teletah beruang yang mencuit hati


Kamchatka yang merupakan semenjang yang panjang iaitu lebih kurang jarak panjang 1500 km ataupun lebih kurang seluas  saiz negara Jerman, Austria, dan Switzerland yang dicantumkan menjadi satu. Setakat ini Kamchatka mempunyai 29 punca lahar yang masih aktif ditambahi pula dengan 300 penghibernasian gergasi, lebih daripada 150 thermal dan juga punca mata air mineral, geisar dan juga grizzlies.

Kawasan ini juga merupkann ekosistem bagi pelbagai spesies hidupan yang unik seperti ikan salmon, beruang coklat( spesies beruang terbesar di dunia yg hanya brada di kamchatka) , helang ekor putih, helang laut Stellar, helang kelabu dan juga memerang laut. 10 peratus daripada 1,168 spesies tumbuhan disini tidak terdapat di mana- mana tempat.

Helang Kelabu

Helang Laut Stellar

Helang Ekor Putih

Memerang Laut

Keindahan lanskap yang tak terkawal dan tak terduga telah melindungi bumi tersebut daripada tereksploitasi dan meragut kecantikkan bumi tuhan tersebut.

1 comment:

  1. Lokasi pelancongan yang sesuai bagi mereka yang suka walk travel

    ReplyDelete